Friday, May 6, 2011

Tanaman dalam pasu: sekali imbas

(First time I put the whole piece in Malay language. Its about growing plants in pots / containers)

Bila orang mahu bergiat dengan tanaman, selesanya jika mula dengan pasu. Disitu kita berjinak, memahami ragam pokok, tanah, air, baja, sinaran matahari, serangga perosak dan cuaca. Kemudian bertambahlah koleksi pokok dan pasu.


Kebanyakan pasu yang kami gunakan adalah jenis plastik sebab ringan dan murah. Pasu seramik pula boleh dibeli dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna. Koleksi pasu seramik Kakdah tidak banyak, tidaklah sampai beratus. Namun ada pasu seramik Kakdah yang sangat besar, hingga tak terangkat.



Kami menanam sayur ditanah dan dalam pasu. Pasu tetap menarik, sebab boleh dialih-alih mengikut cuaca dan citarasa.

 pak choy
Pokok ini menarik sebab cepat cambah dan tumbuh. Target awalnya hanyalah untuk peroleh 10 pokok sahaja. Waktu semai, dilebihkan biji benih dalam pasu semaian.., sekitar 5,6 biji dalam satu pasu semaian kecil. Kesemuanya bercambah, dan tidak sampai hati untuk buang anak pak choy yang lebih itu. Tidak mengapa, kami boleh makan pak choy hari-hari, pagi dan petang! Kakdah tidak pula merungut bila kesemua 55 pasu disusun atas railing verandah kiri dan kanan.

(foto dua hari lalu)
pak choy,  dalam pasu 4 inci.  semuanya 55 pasu.

(foto hari ini, gambar jam 5.30ptg.

 hari ini Kakdah selang selikan pasu, 
katanya kerana daun dah memanjang,
bersentuhan antara satu sama lain. 
Itulah fleksibiliti tanam sayur dalam pasu.


Stevia
Asalnya ada tiga pokok sahaja yang dibeli dari sebuah nurseri di Kelantan, RM5.00 satu.  Kami berterusan melakukan percambahan. Kini ada hampir 100 anak stevia. Target masih tidak berubah, iaitu 1000 anak stevia dalam tempuh setahun.

Salah satu pokok stevia hasil percambahan, dauntenya manis macam gula.


tomato
Ini cubaan pertama di Tanah Merah, dengan tomato cherry. Benih diambil dari lebihan tomato yang Kakdah guna untuk masakan.  Semainya banyak, yang nak ditanam cuma dua sahaja, jadi selebihnya letak dalam polybag hitam. Setakat ini yang dalam polybag pula lebih subur dari dalam pasu.

anak tomato dalam pasu seramik besar


anak tomato yang lebih, ada 5 semuanya. sebagai spare.


daun sup
daun sup


Ada banyak lagi sayur dan pokok dalam pasu, Antaranya sambung nyawa, mulberry, kucai, kangkong, kunyit, halia, bawang putih, bawang merah, pudina, oregano, basil, dan macam-macam lagi. Saja wujudkan hijau di sekitar rumah, untuk sedikit keselesaan dalam hutan konkrit, dan untuk segarkan nostalgia pernah hidup dalam kehijauan suatu masa dulu.


                  bangchik dan kakdah,  tanah merah, kelantan.                                    

36 comments:

  1. All plants look to growing well in their containers!

    ReplyDelete
  2. seronok nya... nak gambar lagi... nak tengok lagi...

    bang chik - 55 pot pak choy - bole niaga kat pasar klu kat KL ni... ;p

    ReplyDelete
  3. Saya peminat setia blog bankchik dan kak dah. Rasa terhibur tengok perkembangan tanaman2 yg menghijau dirumah kakak dan abang. Saya pun ada mencuba bercucuk taman di apartment saya tapi macam tak menjadi saje. Mungkin sebab tak cukup matahari atau mungkin juga tangan panas jadi pokok tak mau hidup :))

    ReplyDelete
  4. I like the daun sup photo! I use lots of plastic pots ;-) They are easier to handle. Yes economical as well!

    ReplyDelete
  5. cantik!!

    I like the daun sup photos best. How did you get them to grow so nicely.. sigh.. mine is..err...

    Oh! by the way, the roselle seeds you sent over has sprouted and they are doing very very well.. yippeee!!

    ReplyDelete
  6. ~Theanne and Baron
    So far so so good. When there too many of them, we may miss watering some, and they suffer...

    ejaMaria
    Takat 55 tak cukup nak niaga, lepas untuk kakdah masak dan hulur ke jiran2.

    ~apa apa suka
    Terimakasih kerana jadi peminat setia. Kalau jenis berdaun, tak kisah sangat kurang matahari. Kalau yang berbunga dan berbuah, memang nak cukup matahari. Kalau tangan panas, rendam dalam ais dulu!!

    ~Stephanie
    Yes, daun sup growing crazily... Last time in Putrajaya, we used to divide the plant, into 4, so ending up with four pots!!

    ~Food so delicious!
    Kakdah hides Daun sup behind porch pillar. A little bit cool there..., I guess that's the primary factor. Watering, fertilising are standard things like any other plant. Nothing very magical about our way of gardening.

    ReplyDelete
  7. I wonder how many pots you have and where you keep them;-). I hope you don't mind, I made a link to one of your older post in my recent one.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum, b.cik & kak dah.

    kagun tengok daun sup yang subur dan bugar tu...
    boleh tolong tuliskan satu entry, bagaimana hendak biakkan daun sup dari akarnya. saya selalu gagal melakukannya.

    terima kasih.

    ReplyDelete
  9. ~Malay-Kadazan girl
    I don't keep track of pots in the garden... It runs to hundreds I think. It's alright to link to my blog as you see fit.

    ~missFridaNorm
    Wslm... Pokok daun sup yang satu tu, asalnya semai biji. Benih daun sup setakat ini, macam mengada-ngada je. Semai berpuluh, bercambahnya satu dua saja. Kata Kakdah, pokok tu dah rimbun sangat, dia nak pecah-pecahkan anak-anak pokok kepada beberapa pasu. Bila siap, ada entry baru tentang cara nak banyakkan anak pokok daun sup.

    t.k.

    ReplyDelete
  10. salam bang chik dan kak dah. hijaunya pokok daun sup tu. saya dah cuba tanam byk kali tapi tak pernah menjadi. ada tips tak mcmn nak tanam daun sup ek. terima kasih. selamat maju jaya utk bang chik dan kak dah.

    ReplyDelete
  11. ~aziramsa

    Boleh cuba perdu daun sup dari pasar. Nasib tak baik, pokok itu dari cameron highland..., alamat tak lama la usianya, kalau pun dia nak hidup.

    Semai biji benih, memang lama, berminggu-minggu. Tapi kalau tumbuh.., walaupun satu, macam yang kakdah punya tu la. Yg penting jgn letak tempat terik. Kalau dah besar dan padat, boleh keluarkan dari pasu, kerat 4 bahagian..., nah, dari satu pasu dah jadi 4!!... Pengalaman di Putrajaya dulu, bertahan sampai setahun lebih..., mati pun sebab kami berdua ke Mekah, tinggalkan dengan anak-anak..... maklumlah, mana ramai anak-anak muda lelaki suka dengan pokok-pokok.

    Ok... cari benih daun sup dalam paket dan selamat mencuba!

    ReplyDelete
  12. salam, saya pun tengah cari2 petua nak tanam daun sup..dah dekat 10 kali kut try.last one hidup sempat harvest 1x ..dah hujan banyak hari mati... i like you comment tangan panas rendam dalam ais dulu... funny..LOL

    ReplyDelete
  13. hernyhafiz.....setakat ni kakdah tak pernah letak pasu daun sup tengah laman, selalunya tepi dinding atau tepi tiang. Hujan tak hempap terus ke pokok, tempias sikit-sikit, daun sup takde hal.

    ReplyDelete
  14. woww... your vegies look so healthy.. I'm a very failed gardener.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dont worry.... just keep trying and be friendly to them... haha.

      Delete
  15. kagumnya ...rajin n cantiknya..subur semuanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT.... jaga pokok tak susah mana - cukup air, cukup baja, cukup cahaya matahari.

      Delete
  16. Kalau tanam sayur seperti salad ok ke kalau guna pot yg kecik jugak mcm yg akk tanam pak choy? ad effect x kalau kita guna pot yg kecik je??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je... pot kecik pokok pun akan kecil , pasu besar pokok boleh puas berakar dan membesar. Untuk salad memadai pot saiz tu, kita bukan nak salad sebesar pinggan....

      Delete
  17. di mana ye blh dptkn pasu kecil tu ..dah lama saya cari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan nursery jual pasu tembikar. Di Sungai Buloh , deretan nursery2 sana jual macam2... pasu plastik segala saiz, tray untuk semai sayur. Supermarket saya tenguk dah mula jual pasu plastik kecil la ni....,

      Delete
  18. Boleh ke tanam kailan dalam pasu 5"x5".. agak2 mmbesar tak

    ReplyDelete
  19. AKAK ...BIASE GUNA TANAH APA UTNUK TANAM POKOK-POKOK TU..MMG SUBUR LAH...

    ReplyDelete
  20. Kalau tanam sayur seperti salad ok ke kalau guna pot yg kecik jugak mcm yg akk tanam pak choy? ad effect x kalau kita guna pot yg kecik je??

    ReplyDelete
  21. Planting gives us an awesome unwinding from the feverish way of life. It is without a doubt the individual has this diversion will overlook the whole world while doing planting. Developing vegetables in the raised patio nurseries is certain an undertaking that gives the feeling of achievement.

    ReplyDelete
  22. As-salam kak dah pokokstevia tu jual x?..reply sy di 019-9811894 liza. Dah lm cr pokok ni..nk blk klate lmbat lagi.

    ReplyDelete
  23. As-salam kak dah pokokstevia tu jual x?..reply sy di 019-9811894 liza. Dah lm cr pokok ni..nk blk klate lmbat lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama tak tanam... sebab pindah randah. Maaf, tiada dalam koleksi sekarang.

      Delete
  24. mungkin tanam sayur dalam pasu adalah terbaik utk saya
    rumah saya ada tanah tepinya, tapi kurang subur... bila gali ada air bawah tanah.. tanah bekas paya...

    ReplyDelete
  25. bandar Togel sgp yang paling aman

    Agen TOGEL 4DPOIN,Online Terpercaya.
    Minimal Deposit Dan Withdraw 20.000
    Keterangan Lebih Lanjut, Anda Bisa Hubungi Disini.
    * Pin BBM : D1A279B6
    * Pin BBM : 7B83E334
    * Whatsapp : +85598291698
    * Skype : Poin.4D
    * Line : +85598291698

    ReplyDelete
  26. Nice post! This is a very nice blog that I will definitively come back to more times this year! Thanks for informative post.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...